Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Google, Meta mungkin perlu bayar kandungan berita NZ

    ISTANBUL, 5 DIS – Google dan Meta mungkin perlu membayar sejumlah wang kepada New Zealand bagi memperoleh kandungan berita tempatan memandangkan negara itu sedang mempertimbangkan untuk melaksanakan undang-undang baharu itu, lapor agensi Anadolu.

    Menteri Penyiaran New Zealand, Willie Jackson berkata sekiranya undang-undang itu dikuatkuasakan, ‘syarikat gergasi internet itu harus membuat perjanjian dengan saluran media tempatan sebelum mendapat akses kepada kandungan berita.’

    “Kami mungkin telah kehilangan 50 peratus wartawan dalam tempoh 10 tahun yang lalu. Kami perlu memberi harapan kepada pemain kecil di luar sana. Saya berbangga untuk mengemukakan undang-undang ini demi menyokong mereka.

    “Adalah tidak adil bagi platform digital utama seperti Google dan Meta berkongsi berita tempatan secara percuma. Ia memerlukan kos untuk menghasilkan berita dan adil sekiranya mereka membayar untuk perkhidmatan itu,” laman sesawang berita Stuff memetik beliau sebagai berkata semalam.

    Beberapa penerbit di negara itu dilaporkan telah memulakan rundingan dengan syarikat teknologi gergasi. 

    Jika undang-undang itu diluluskan dan dikuat kuasa, perjanjian baharu itu boleh ‘menyediakan dana tambahan berjumlah AS$30 juta hingga AS$50 juta untuk wartawan tempatan.’

    Australia dan Kanada telah meluluskan undang-undang itu meskipun Google dan Facebook menentang langkah berkenaan, tetapi akhirnya bersetuju untuk berurusan dengan kumpulan media. – Bernama

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...