Google perlu bayar royalti

CLERMONT-FERRAND, 6 OKT – Google perlu mematuhi undang-undang Perancis, yang mewajibkan syarikat gergasi dalam talian Amerika Syarikat itu, membayar royalti kepada syarikat media, selepas memaparkan artikel, gambar dan video mereka dalam hasil cariannya.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron menyatakan perkara itu di sini, semalam.

Ketika ini, Google secara rutinnya memaparkan sebahagian daripada artikel atau imej kecil dalam hasil cariannya, dan di Google News, tanpa membuat sebarang pembayaran kepada penerbitnya. – AFP