Google selesai cukai AS$327 juta di Australia

SYDNEY, 18 DIS – Google bersetuju untuk membayar pihak berkuasa cukai Australia sekitar Aus$482 juta (AS$327 juta) untuk menyelesaikan pertikaian lama berhubung perniagaan berjuta-juta dolar syarikat gergasi teknologi itu di negara tersebut, umum para pegawai hari ini.

Pejabat Cukai Australia (ATO) berkata bayaran itu meliputi cukai tidak dibayar bagi tahun 2008 hingga 2018, dan membawa kepada jumlahnya Aus$1.25 bilion yang ditemui dari syarikat besar e-dagang termasuk Microsoft, Apple dan Facebook.

“Penyelesaian ini merupakan kejayaan besar bagi sistem cukai Australia,” kata Timbalan Pesuruhjaya Mark Konza, yang mengetuai Pasukan Petugas Pengelakan Cukai ATO. – AFP