Tuesday, December 3, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Google singkir iklan menjengkelkan

    SAN FRANCISCO, 15 Feb – Google akan memulakan pelayar Chrome untuk menyingkirkan iklan-iklan yang menjengkelkan atau yang boleh memberi kemudaratan kepada penggunanya. Ia berlaku sejurus kebanyakan iklan yang menguntungkan Google bakal melalui penapis terbaharunya, hari ini.

    Tindakan tersebut yang dimulakan pada bulan Jun lalu, adalah bertujuan untuk menjadikan pengiklanan dalam talian akan lebih bertoleransi terhadap laman sesawang yang menjengkelkan seperti iklan yang memainkan video dan bunyi secara automatik.

    Dengan menggunakan kebolehan Google, Chrome akan menyekat kesemua iklan termasuklah Google sendiri pada laman sesawang yang menjengkelkan sekiranya mereka tidak melakukan perubahan.

    Terdapat beberapa ironi di sini, memandangkan matlamat Google adalah untuk meyakinkan orang ramai untuk mematikan perisian penyekat iklan mereka sendiri. Pelayar terkenal Add-on menyekat penerbit (termasuk Google) untuk menghasilkan pendapatan dengan menghalang iklan daripada dipaparkan.

    Gambar fail pada 19 Julai 2016 menunjukkan logo Google di ibu pejabatnya di Mountain View, California. Semalam, Google akan menggunakan pelayar Chromenya untuk menyingkirkan iklan yang menjengkelkan pengguna. – AP

    Naib presiden Google, Rahul Roy-Chowdhury berkata dalam blognya bahawa matlamat syarikat itu adalah untuk menjaga kebersihan web itu dengan “menapis iklan yang mendatangkan gangguan.”

    Akan tetapi motif dan kaedah kedua-dua syarikat itu telah dikecam. Google bersama Facebook telah mendominasi pasaran pengiklanan dalam talian dengan menyumbang kira-kira lebih 63 peratus daripada AS$83 bilion yang dibelanjakan untuk iklan digital di AS tahun lalu, menurut eMarketer.

    Google yang sinonim dengan carian dalam talian dan Chrome sebagai pelayar laman paling popular menguasai pasaran saham kira-kira 60 peratus. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda