Google tutup 1 juta peranti perangi jenayah siber

WASHINGTON, 8 DIS – Goolge semalam berkata ia bertindak menutup rangkaian kira-kira satu juta peranti elektronik yang dirampas digunakan di seluruh dunia untuk tujuan jenayah dalam talian, dan turut mendakwa penggodam yang berpangkalan di Rusia bertanggungjawab atas perbuatan tersebut.

Peranti yang dijejaskan oleh botnet, yang turut digunakan untuk mengelak perhatian urusan niaga bitcoin, terputus sekurang-kurangnya separuh setakat ini dari mereka yang menggunakan Internet.

“Pengendali Glupteba berkemungkinan besar cuba mengawal semula botnet menggunakan arahan bantuan dan mekanisme kawalan,” tulis Shane Huntley dan Luca Nagy dari kumpulan analisis ancaman Google.

Syarikat besar seperti Google dan Microsoft semakin terdorong untuk mengatasi jenayah siber, yang dilakukan melalui produk mereka oleh itu memberikan mereka kefahaman unik dan akses kepada ancaman.

Google berkata rangkaian yang merangkumi kira-kira satu juta peranti yang menggunakan Windows di seluruh dunia untuk jenayah termasuk mencuri maklumat pengguna, dan menyasarkan mangsa dari Amerika Syarikat, India, Brazil dan Asia Tenggara.

Syarikat tersebut turut memfailkan saman di mahkamah persekutuan New York ke atas Dmitry Starovikov dan Alexander Dilippov yang cuba mendapatkan injunksi bagi menghalang mereka menyalahgunakan platform mereka.

Pakar keselamatan siber pertama kali menyedari serangan Glupteba pada 2011, yang tersebar melalui semasa memuat turun perisian, video atau filem oleh orang ramai secara percuma ke dalam peranti mereka.

Walau bagaimanapun, tidak seperti botnet konvensional yang bergantung kepada saluran yang sudah diputuskan, Glupteba diprogramkan untuk mencari server gantian bagi mengekalkan operasi meskipun selepas diserang, kata tuntutan perundangan Google. – AFP