Gordan bersetuju lanjut perjanjian bersama Nuggets

DENVER, 15 SEPT – Penyerang Denver Nuggets, Aaron Gordan bersetuju dengan perjanjian lanjutan selama empat tahun bernilai AS$92 juta.

Ejennya, Calvin Andrews, mengesahkan mengenai pelanjutan kontrak tersebut kepada The Associated Press semalam. Perjanjian itu akan mengekalkan pilihan pemain sehingga musim 2025-2026.

Gordan menyertai Nuggets semasa hari terakhir perpindahan pemain pada Mac lalu dengan Orlando bagi memperkuatkan barisan pemainnya termasuk mendapatkan pemain liga paling berharga, Nikola Jokic, pemain point guard, Jamal Murray dan Michael Porter Jr.

Gordan semakin kerap diturunkan setelah Murray mengalami kecederaan pada 12 April di Golden State.

Gordan, yang bakal meraikan ulang tahun ke-26 tidak lama lagi, secara purata menjaringkan 10.2 mata dan 4.7 rebound dalam 25 perlawanan bersama Denver. Semasa pasca musim, dia berjaya memberikan 11.1 mata dan 5.4 rebound ketika Nuggets mara ke pusingan kedua sebelum disingkirkan oleh Phoenix Suns.

Perjanjian tersebut pertama kali dilaporkan oleh The Athletic.

Ini akan menjadi musim kelapan buat Gordan di NBA selepas dipilih oleh pasukan Magic semasa penyenaraian pemain NBA 2014.

Denver telah mengikat Jokic dengan perjanjian selama lima tahun pada 2018 dan Murray pada 2019. Perjanjian utama seterusnya mungkin milik Porter, pemain yang mampu memberikan ancaman dari jarak jauh dengan purata 19 mata pada musim lalu. – AP

Gambar fail aksi Aaron Gordan cuba membuat hantaran semasa pertemuan menentang Portland Trail Blazers musim lalu. – AP