WASHINGTON, 1 Feb – Donald Trump telah mencalonkan Hakim Neil Gorsuch untuk Mahkamah Agung, merebut peluang awal untuk mengembalikan konservatif dalam majoriti di mahkamah tertinggi Amerika.
Dalam ucapan waktu perdana lewat semalam yang merupakan sebahagian daripada jurisprudens, sebahagian rancangan realiti, Trump memilih hakim mahkamah rayuan berusia 49 tahun dari Denver, Colorado.
Jika disahkan oleh Senat, beliau akan mengisi kerusi yang dikosongkan oleh kematian Antonin Scalia hampir setahun lalu dan menyenget keseimbangan mahkamah lima berbanding empat yang menyokong konservatif.
Pakar undang-undang yang berbakat untuk menulis keputusan yang jelas merupakan calon paling muda dalam satu generasi.
Pelantikan beliau mungkin memberi kesan besar mengenai kes yang berkisar daripada peraturan perniagaan kepada hak jantina kepada kawalan senapang.
Selepas pengumuman, Trump mempelawa Gorsuch dan isterinya untuk muncul secara dramatik di hadapan para hadirin di Bilik Timur Rumah Putih.
“Mereka datang. Mereka datang. Maka adakah ia satu kejutan? Adakah?” kata Trump.
“Beliau boleh mempunyai mana-mana pekerjaan di mana-mana firma untuk sebarang jumlah wang, namun apa yang ingin dilakukannya dengan kerjaya beliau adalah menjadi hakim, untuk menulis keputusan, dan memberikan impak dengan mendukung undang-undang dan Perlembagaan kami,” kata Trump.
Meskipun keadaan membingungkan, Gorsuch merupakan pilihan ortodoks untuk seorang presiden yang telah mengubah norma-norma dan duluan ketika tempohnya yang singkat sebagai presiden dipilih.
Seperti Scalia, Gorsuch dianggap seorang “originalis” – berpandukan pada tujuan dan maksud asal perlembagaan.
Gorsuch berkata beliau berada di cerun ski apabila beliau mendapat tahu mengenai kematian mentornya pada Februari lalu: “Saya tidak dapat melihat dalam perjalanan turun ke gunung disebabkan air mata,” kata beliau dalam ucapan selepas itu. – AFP