Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Gosip cinta Kwon Ah Reum, Doyoung tak benar

    Gosip cinta antara pelakon Kwon Ah Reum dan Doyoung yang merupakan anggota kumpulan NCT seperti yang heboh diperkatakan sebelum ini adalah tidak benar.

    Perkara tersebut disahkan oleh agensi yang mewakili Kwon A Reum, SWMP, yang turut memberitahu tindakan undang-undang bakal diambil terhadap penyebar berita palsu.

    “Pertama sekali kami ingin jelaskan berita yang tersebar tentang Kwon Ah Reum baru-baru ini adalah tidak benar.

    “Kami tidak akan ambil mudah berkaitan isu yang dianggap sebagai menyerang peribadi, penyebaran maklumat palsu, fitnah dan sebagainya.

    “Kami sedang mengumpul maklumat menerusi pemantauan berterusan, dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang menulis cerita tidak benar dan berkongsi berita palsu,” jelas satu kenyataan seperti yang dipetik dari Soompi.

    Cerita tentang hubungan Kwon Ah Reum dan Doyoung mula diperkatakan selepas kedua-duanya terlibat sama dalam drama berjudul To Ex Who Doesn’t Love Me. – Agensi

    Agensi nafi hubungan cinta Kwon Ah Reum dengan Doyoung. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...