Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Gosip Heejin, Jin Young bercinta tidak benar

    Gara-gara tidak sengaja menunjukkan foto memperlihatkan individu berambut perang seperti Woo Jin Young, penyanyi Heejin digosipkan bercinta dengan ahli kumpulan D1CE itu.

    Menguatkan lagi spekulasi itu, warganet turut meneka kod laluan iPad milik Heejin yang juga anggota kumpulan Loona iaitu 970531 adalah merupakan tarikh lahir Woo Jin Young.

    Bagaimanapun menerusi laporan Allkpop, wakil agensi Heejin tampil menafikan spekulasi yang sedang menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat.

    Wakil agensi tersebut juga menegaskan individu dalam foto pada iPad yang dilihat ketika program V Live itu adalah sepupu Heejin.

    “Gosip cinta tidak benar. Mereka tiada hubungan istimewa atau sebagainya.

    “Gambar yang diambil ketika V Live itu merupakan foto sepupu Heejin,” katanya. – Agensi

    Warganet syak Heejin sedang bercinta dengan Woo Jin Young. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...