Gosling penyelamat Bournemouth

LONDON, 15 DIS – Gol lewat Dan Gosling memberikan kemenangan kepada pasukan Bournemouth 1-0 di Chelsea kelmarin, ketika pasukan Frank Lampard mengalami kekalahan keempat dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Gosling menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-84 apabila melakukan rembatan terus menerjah gawang melepasi penjaga gol Kepa Arrizabalaga, menamatkan lima kekalahan liga berturut-turut pasukan Bournemouth.

Chelsea nampaknya tidak memiliki taring ketika melakukan serangan sepanjang perlawanan, tetapi pemain penyerang, Tammy Abraham kelihatan terasing, dengan rakan sepasukannya tidak mampu untuk memberikan bantuan bagi memanfaatkan ketajamannya di bahagian depan gawang.

Jurulatih Bournemouth, Eddie Howe mengetuai perlawanan dengan kehilangan lapan pemain yang mengalami kecederaan dan tidak memperoleh sebarang kemenangan dalam liga sejak menewaskan Manchester United 1-0 pada 2 November di laman sendiri.

Tetapi pasukan pelawat terus memainkan peranannya dan menolak tuntutan lewat Chelsea selepas Lampard menurunkan Michy Batshuayi sebagai penyerang kedua.

Mason Mount terlepas peluang terbaik Chelsea pada separuh masa pertama ketika dia mendapat bola yang diselamatkan tetapi terlepas daripada tangan penjaga gol Bournemouth, Aaron Ramsdale.

Emerson Palmieri kemudian menghantar bola terus kepada Ramsdale dari jarak amat dekat di separuh masa kedua selepas gerakan yang dicipta oleh pemain gantian Callum Hudson-Odoi.

Sebaliknya, Gosling menghasilkan sepakan tinggi yang mustahil untuk menewaskan Kepa, dengan Cesar Azpilicueta tidak dapat menyelamatkan keadaan. – AP

Pemain Bournemouth, Dan Gosling (kiri) meraikan kemenangan dengan rakan sepasukan di akhir perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Chelsea dan Bournemouth di Stamford Bridge, London. – AP