Sunday, December 3, 2023
28.7 C
Brunei

    -

    Gotabaya Rajapaksa mahu pulang

    COLOMBO, 19 OGOS – Bekas perdana menteri Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa ingin pulang ke tanah air dari Thailand dan meminta penggantinya menjamin keselamatannya, umum partinya hari ini.

    Rajapaksa melarikan diri dari pulau itu bulan lalu selepas pembantah menyerbu kediamannya, menamatkan kemarahan membuak selama berbulan-bulan orang awam terhadap krisis ekonomi yang tidak pernah dijangkakan di negara itu.

    Bekas presiden berusia 73 tahun itu terpaksa melarikan diri dari kediaman rasminya dengan bantuan pihak tentera dan akhirnya mengumumkan peletakan jawatannya dari Singapura. Dia sejak itu melarikan diri ke Thailand, namun pihak berkuasa memberi amaran kepadanya untuk tidak keluar dari hotelnya bagi keselamatannya sendiri, menjadikan dirinya seperti di bawah tahanan hotel.

    Adik bongsunya, Basil, bekas menteri kewangan, bertemu Presiden Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe kelmarin dan meminta perlindungan bagi memastikan kepulangan abangnya dengan selamat, kata parti mereka dalam satu kenyataan.

    “Basil Rajapaksa meminta presiden membuat pengaturan supaya abangnya boleh kembali ke tanah air dengan selamat,” kata Parti Podujana Peramuna Sri Lanka (SLPP) dalam satu kenyataan. Permintaan utama mereka adalah kepulangan selamat dan perlindungan ke atas bekas presiden itu. – AP

    Rajapaksa semasa ketibaan di Thailand. –AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Pengiraan undi bermula di 4 negeri India menjelang PRU 2024

    NEW DELHI, 3 DIS - Pengiraan undi bermula hari ini di empat negeri India dalam menguji kekuatan pembangkang India yang menentang parti pemerintah Perdana...