Gotong-royong baiki jalan raya

Oleh Salawati Haji Yahya

TUTONG, 14 OGOS – Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung (MPK) Bukit Beruang dengan kerjasama ahli-ahli Group Potong Rumput Bukit Beruang (GPR) dan penduduk kampung berkenaan telah bergotong-royong memperbaiki jalan raya yang berlubang-lubang di kawasan tersebut, kelmarin.

Kerja gotong-royong yang diadakan oleh MPK Bukit Beruang berkenaan antara lain bertujuan untuk membantu menjaga keselamatan pengguna jalan raya di Kampung Bukit Beruang dan RPN Bukti Beruang dan mengelakkan perkara yang tidak dingini terutama sekali pada waktu malam dan hujan lebat.

Projek berkenaan dijalankan sehinggalah tidak lagi ada kerosakan dan MPK Bukit Beruang turut mengucapkan terima kasih atas sokongan dan bantuan kerjasama penduduk kampung yang menyumbangkan makanan dan minuman sepanjang projek tersebut dijalankan.

Antara kerja gotong-royong menampal jalan-jalan yang berlubang dan rosak.