Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 1 NOV – Ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Jerudong B (MPKJB) bersama ahli-ahli Persatuan Warisan Kedayan Jerudong (WARISAN), pagi tadi, mengendalikan kerja-kerja membersihkan tanah perkuburan orang-orang Islam di Kampung Jerudong.
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah disusuli dengan pembersihan kubur secara bergotong-royong.
Kegiatan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli serta memupuk keinginan untuk berbakti dan menyumbang khidmat kepada masyarakat.
Ia juga merupakan sebahagian daripada aktiviti Biro Kebajikan dan Kemasyarakatan MPKJB yang diadakan setiap bulan.
