Friday, March 31, 2023
27.2 C
Brunei

-

Gotong-royong bersihkan masjid

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 6 MAC – Kira-kira 50 orang ahli pemilik Alphard Vellfire Brunei (BRAVE), Masjid Kampung Sungai Teraban, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Sungai Teraban dan Jabatan Belia, dan Sukan Daerah Belait (JBS) telah mengadakan kempen kebersihan di sekitar masjid tersebut, kelmarin.

Aktiviti itu diketuai oleh wakil dan pengasas BRAVE, Awang Khairul Azmi Matkasim, yang turut diiringi oleh ahli-ahli persatuan dan pegawai-pegawai dari MPK Sungai Teraban dan JBS Daerah Belait.

Mengalu-alukan kontinjen ialah Pemangku Ketua Kampung Sungai Teraban, Awang Zaini bin Haji Kadri dan imam masjid, Awang Mohd Nur Islam bin Suria, dan beliau meluahkan penghargaan ke atas kontinjen yang berkesudian meluangkan masa dan tenaga untuk membantu mencantikkan sekitar masjid bagi keselesaan penduduk.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuk memotong rumput di sekitar masjid, membersihkan dan menyusun buku-buku dan bahan rujukan di dalam masjid. Sebagai tanda penghargaan, pertukaran sijil penghargaan antara masjid berkenaan dan BRAVE turut diadakan.

Mengenai kempen kebersihan di Daerah Belait, Awang Khairul Azmi memberitahu bahawa BRAVE aktif mengadakan kempen seumpamanya di seluruh negara bagi memberikan bantuan tenaga untuk memastikan ia boleh dilaksanakan dengan mudah.

Antara yang terlibat dalam kempen kebersihan di Masjid Kampung Sungai Teraban.

 

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -