Gotong-royong bersihkan sekitar kampung

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 SEPT – Sebagai salah satu kegiatannya, Majlis Perundingan Mukim (MPM) Bukit Sawat telah menganjurkan kempen kebersihan bersama Majlis Perundingan Kampung (MPK) Bukit Sawat dan MPK Merangking.

Kempen melibatkan membersihkan sepanjang jalan dari simpang jalan utama Bukit Sawat hingga Merangking dan Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Kampung Bukit Sawat.

Antara tujuan kempen adalah untuk memberikan kemudahan dan memastikan jalan yang selamat untuk semua pengguna.

Kempen telah diketuai oleh Penghulu Mukim Bukit Sawat, Haji Mohd Salleh bin Haji Othman dan turut dihadiri oleh Ketua Kampung Bukit Sawat, Awang Mohammad bin Abdullah dan Ketua Kampung Merangking, Awang Mohd Raimey bin Abdullah.

Juga hadir menyertai gotong-royong berkenaan ialah ahli-ahli MPM dan MPK berkenaan, penduduk kampung, ahli-ahli Takmir Masjid Kampung Bukit Sawat, perwakilan Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam dan Persatuan Veteran Angkatan Bersenjata Diraja Brunei.

Antara yang menyertai kempen membersihkan sepanjang jalan dari simpang jalan utama Bukit Sawat hingga Merangking dan Tanah Perkuburan Orang-orang Islam Kampung Bukit Sawat.