Gotong-royong jaga kebersihan surau
Oleh Salawati Haji Yahya Dalam usaha menjaga kebersihan dan kecantikan kawasan persekitaran Surau Maktab Teknik Sultan Saiful Rijal (MTSSR), MTSSR dengan kerjasama anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) hari ini telah mengadakan kempen gotong-royong membersihkan kawasan surau berkenaan. Turut hadir alah Ketua Kampung Delima Datu, Pengiran Roslan bin Pengiran Haji Tuah.






























