Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Gotong-royong ringankan beban mualaf

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Daniel Lim

    BELAIT, 26 JULAI – Dalam usaha memastikan kesejahteraan para mualaf di negara ini sentiasa terjamin, Pejabat Unit Dakwah, Daerah Belait dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Ugama, Daerah Belait dan Pusat Dakwah Islamiah (PDI) melalui Bahagian Pembangunan Mualaf (Kebajikan Mualaf) dan Bahagian Pengembangan Dakwah, hari ini telah mengungkayahkan Majlis Bergotong-royong dan Bimbingan Bergerak di rumah kediaman seorang mualaf di daerah ini.

    Majlis tersebut diadakan di kediaman Dayang Noor Sa’diyah binti Abdullah Nuing @ Suli Anak Nuing di Kampung Sungai Lalit, Lumut, Daerah Belait.

    Hadir selaku ketua rombongan bagi majlis tersebut ialah Ketua Pegawai Ugama, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Awang Mohamad Aliyani bin Ismail.

    Turut hadir dalam rombongan ialah Penolong Ketua Bahagian Pengembangan Dakwah (Dakwah Khas), Pengiran Haji Jufri bin Pengiran Haji Hidup dan Yang Di-Pertua Persatuan Sinar Islam (PSI), Awang Abdul ‘Alim bin Abdullah Igol.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan doa dipimpin oleh pegawai dari Unit Dakwah Belait, Awang Muhammad Nur Aisamuddin bin Muhammad Hanafi dan diteruskan dengan aktiviti bergotong-royong di bahagian luar dan dalam kawasan rumah kediaman Dayang Noor Sa’diyah.

    Di samping aktiviti bergotong-royong tersebut, Dayang Noor Sa’diyah juga dibantu melalui bimbingan Islam yang disampaikan oleh tenaga pengajar dari Pejabat Unit Dakwah, Daerah Belait.

    Acara diteruskan dengan penyerahan surat penghargaan kepada pemilik Syarikat Kilang Papan, Sungai Duhon, Belait, yang disampaikan oleh ketua rombongan seterusnya penyerahan sumbangan barang asasi daripada PDI kepada Dayang Noor Sa’diyah.

    Aktiviti seumpama ini diadakan adalah sebagai salah satu syiar dakwah PDI untuk sentiasa memeduli kebajikan hal ehwal mualaf di negara ini di samping memberikan bimbingan ajaran agama Islam dan mengeratkan silaturahim antara satu sama lain.

    Awang Mohamad Aliyani menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada Dayang Noor Sa’diyah di kediamannya di Kampung Sungai Lalit, Lumut, Daerah Belait.
    Kakitangan dari Pejabat Unit Dakwah, Daerah Belait dengan kerjasama Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait dan Pusat Dakwah Islamiah (PDI), telah mengungkayahkan aktiviti bergotong-royong di rumah kediaman seorang mualaf. Aktiviti tersebut adalah sebagai salah satu syiar dakwah PDI untuk sentiasa memeduli kebajikan hal ehwal mualaf di negara ini.
    Kerja-kerja memulihara beranda rumah Dayang Noor Sa’diyah.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...