Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    GP Australia catat 419,000 kehadiran pengunjung

    MELBOURNE, 12 APRIL – Hampir 420,000 penonton membanjiri Albert Park sepanjang minggu perlumbaan Grand Prix Australia, kata pihak penganjur kelmarin, yang telah mencatatkan rekod kehadiran terbaharu di litar tersebut, dan antara salah satu yang terbesar dalam sejarah sukan.

    Melbourne kembali menganjurkan perlumbaan pada tahun ini selepas ketiadaan pada tahun 2020 dan 2021 disebabkan oleh pandemik koronavirus dan menghadapi sekatan perjalanan.

    Ia kembali dengan meriah ketika peminat berpusu-pusu ke trek perlumbaan untuk menyaksikan Charles Leclerc dari pasukan Ferrari yang telah memenangi perlumbaan kedua pada tahun ini untuk melanjutkan pendahuluannya dalam kejuaraan dunia.

    Penganjur berkata bahawa sebanyak 419,114 orang telah hadir dalam tempoh empat hari, mengatasi rekod sebelumnya iaitu 401,000 yang dicatatkan pada grand prix sulung Melbourne pada tahun 1996.

    Seramai 128,294 orang menyaksikan perlumbaan pada Ahad, dengan 55,107 hadir pada perlumbaan Khamis hanya untuk menyaksikan suasana, walaupun ia adalah hari apabila tiada kereta Formula Satu turun ke dalam trek perlumbaan tersebut.

    Jumlah pengunjung Melbourne mengatasi 400,000 yang menghadiri Grand Prix Amerika Syarikat pada tahun lalu di Austin, Texas yang merupakan kehadiran tertinggi Formula Satu pada 2021.

    Tetapi mereka kekurangan 520,000 yang membanjiri perlumbaan hujung minggu pada tahun 1995 di Adelaide, kali terakhir Grand Prix Australia diadakan di sana sebelum beralih ke Melbourne.

    Pihak penganjur perlumbaan meletakkan penonton Melbourne kepada gabungan penonton baharu kepada sukan yang diminati menerusi siri Netflix ‘Drive To Survive’, dengan cuaca baik dan peminat terdesak untuk melihat aksi berkelajuan tinggi selepas terlepas selama dua tahun.

    Ketua Grand Prix Australia, Andrew Westacott menyifatkan hujung minggu tersebut sebagai acara sukan paling meriah yang pernah dilawatinya. – AFP

    Aksi Sergio Perez dari pasukan Red Bull memecut di litar di Melbourne. Hampir 420,000 peminat telah membanjiri Albert Park sepanjang minggu perlumbaan Grand Prix Australia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...