Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    GP Belanda disambung sehingga 2025

    PARIS, 9 DIS – Grand Prix (GP) Belanda akan dilanjutkan sehingga tahun 2025, umum Formula 1 (F1), baru-baru ini.

    Kontrak tersebut menambah dua tahun perlumbaan lagi kepada kontrak tiga tahun yang asal, yang bermula pada tahun 2021 apabila GP Belanda diperkenalkan semula buat kali pertama sejak tahun 1985.

    Diadakan di bandar tepi laut, Zandvoort, edisi tahun 2021 dan 2022 telah dimenangi oleh pelumba tuan rumah dan penyandang juara dunia, Max Verstappen.

    “GP Belanda telah dianggap sebagai pilihan peminat, yang membawa semangat kesukanan yang tinggi dan memberikan pengalaman yang hebat kepada para peminat setiap tahun,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif F1, Stefano Domenicali.

    “Acara yang laris sejak dua tahun kebelakangan ini telah menaikkan penanda aras dari aspek organisasi, hiburan dan kelestarian. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan mereka. Terdapat permintaan yang tinggi untuk menganjurkan perlumbaan F1, jadi ia adalah bukti yang menunjukkan betapa kuat kami bekerja untuk meletakkan Zandvoort ke dalam kalendar F1 sehingga tahun 2025, dan kami tidak sabar untuk kembali pada musim panas akan datang.” – AFP

    Gambar fail bertarikh 4 September 2022 menunjukkan pemandu Red Bull, Max Verstappen dari Belanda melintasi garisan penamat acara GP Belanda di trek lumba Zandvoort, Belanda. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...