MONTE CARLO, MONACO, 21 MEI – Pemandu Ferrari, Charles Leclerc mengungguli trek halamannya dengan mencatat masa terpantas dalam latihan kedua untuk Grand Prix Monaco semalam setelah ketinggalan pada sesi pagi.
Leclerc hanya berjaya melakukan beberapa pusingan pada sesi pagi setelah menghadapi masalah kotak gear, tetapi beliau berjaya mengatasinya pada GP kelima musim ini.
Ini adalah persembahan yang mengagumkan dari Ferrari ketika pelumba baharu Carlos Sainz berada di tempat kedua terpantas, dengan juara dunia tujuh kali dan pemimpin kejuaraan semasa Lewis Hamilton di tempat ketiga untuk Mercedes.
Leclerc yang berusia 23 tahun masih belum pernah memenangi perlumbaan F1 di Monaco.
Pada musim ini, beliau hanya pernah naik ke podium dua kali di tempat keempat dan dua kali di tempat keenam.
Pasukannya, sementara itu, belum memenangi perlumbaan sejak 2019 sementara musim lalu adalah yang terburuk sejak 1980.
“Dua tahun yang lalu kami tidak mempunyai perlumbaan kelayakan yang baik dan kami melakukan kesalahan sebagai satu pasukan, jadi penting di sini untuk melakukannya dengan baik untuk Charles,” kata ketua pasukan Ferrari, Mattia Binotto kepada AFP.
Hamilton, menyasarkan kemenangan ke-99 Ahad ini, memimpin pelumba Belanda, Max Verstappen dengan 14 mata setelah empat perlumbaan memburu gelaran. – AFP
