Thursday, May 1, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Grace Travel Agency lakar sejarah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Okt – Grace Travel Agency telah melakar sejarah setelah syarikat penerbangan tambang murah Filipina, Cebu Pacific yang berpangkalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, telah melantik agensi berkenaan sebagai agen perkhidmatan pelanggan di Negara Brunei Darussalam.

    Menurut Pengurus Grace Travel Agency, Kelvin Goh, agensinya berharap dapat terus mengekalkan kerjasama bersama syarikat penerbangan berkenaan, yang berkongsi matlamat sama bersama mereka.

    “Dilantik sebagai agen perkhidmatan pelanggan Cebu Pacific, ia akan menjadi satu langkah ke arah menghubungkan Negara Brunei Darussalam dengan Filipina. Kami akan cuba melakukan yang terbaik untuk mengembangkan pengetahuan dan kepakaran tempatan kami bersama rangkaian ekstensif dan perkhidmatan yang berpaksikan budaya menerusi Cebu Pacific, agar kami boleh menembusi pasaran dengan lebih jauh lagi,” ujarnya.

    Agensi tersebut akan memulakan tugasnya bulan depan, di mana para pelanggan boleh membuat tempahan atau membeli tiket penerbangan menerusi agensi berkenaan.

    Grace Travel Agency merupakan sebuah agensi pelancongan dan pengendali lawatan dengan membawa hala tuju membangun menerusi jalinan kerjasama bersama rakan kongsi industri serantau dan antarabangsa.

    Kelvin Goh menyatakan bahawa kerjasama bersama Cebu Pacific akan dapat mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua buah negara.

    Agensi berkenaan turut berusaha dengan mengadaptasi teknologi dan membentuk inovasi untuk menyediakan perkhidmatan kos efektif dan memberikan khidmat pelanggan yang luar biasa dalam memenuhi pasaran di negara ini.

    Sebagai syarikat penerbangan tambang murah di Filipina, Cebu Pacific turut berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggannya di samping berusaha mewujudkan lebih banyak destinasi.

    Sementara itu, bagi pengembara yang ingin berkunjung menggunakan syarikat penerbangan itu, mereka boleh mengaksesnya dengan mudah menerusi 37 destinasi domestik yang disediakan ataupun 27 destinasi antarabangsa yang tersedia di 15 buah negara di seluruh Asia Pasifik.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda