Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Graduan KUPU SB bakal dirai pada majlis konvokesyen ke-11

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Seramai 224 bakal graduan akan menerima sijil dan diploma dalam program dan bidang masing-masing pada Majlis Konvokesyen ke-11 Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) yang akan berlangsung pada 17 Februari ini di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Canselor KUPU SB dijangka akan berangkat ke majlis itu nanti dan seterusnya menganugerahkan ijazah dan diploma kepada para graduan.

    Pengarah Pejabat Antarabangsa dan Perhubungan Awam KUPU SB, Dayang Nurul Atteyia Bahtriyah binti Mohd Salleh ketika ditemu bual mengongsikan bahawa beberapa acara sampingan bersempena majlis konvokesyen berkenaan turut diadakan iaitu Majlis Bacaan Surah Yasin dan Tahlil secara dalam talian pada yang telah diadakan kelmarin.

    Majlis dihadiri oleh ra’es, pegawai-pegawai utama KUPU SB, staf akademik dan bukan akademik serta bakal graduan. Majlis Kesyukuran Graduan pula akan diadakan pada 19 Februari di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Majlis akan diisikan dengan khatam Al-Quran bagi para graduan, penyampaian anugerah akademik dan wakaf tarbiyah daripada para graduan serta majlis penandatanganan memorandum persefahaman.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...