Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Graduan UTB ungkap rasa syukur

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 SEPT – Tidak berputus asa meskipun dilanda pelbagai cabaran dalam menuntut ilmu menjadi pegangan yang membawa kepada kecemerlangan bagi beberapa orang graduan Universiti Teknologi Brunei (UTB) yang diraikan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, baru-baru ini.

    Dr Siti Nur Afiqah Wajihah Syahindah binti Haji Marali yang mengambil program Falsafah Kedoktoran (PhD) dalam jurusan Matematik Gunaan dan Ekonomik semasa ditemu bual melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT dan berbesar hati kerana kerja kerasnya mendapat pengiktirafan daripada UTB yang telah menganugerahkannya dua anugerah iaitu Anugerah Penerbitan dan Anugerah Kertas Kerja Penyelidikan Cemerlang. 

    Bercakap mengenai rahsia kejayaannya sehingga berjaya menjadi yang terbaik daripada kalangan yang terbaik, katanya beliau sentiasa memohon doa daripada Allah SWT selain restu daripada kedua-dua ibu bapanya. 

    Menurutnya, walau dilanda pelbagai cabaran dalam menuntut ilmu, beliau tidak pernah sesekali berputus asa, lebih-lebih lagi dalam bidang penyelidikan, yang mana perlu ada komunikasi yang kerap dan berterusan bersama penyelia sendiri. Selain daripada itu, beliau juga perlu menanamkan sikap positif pada setiap masa.

    “Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada kedua ibu bapa saya, Haji Marali bin Haji Abdullah dan Hajah Zuliahani binti Haji Mahbub dan penyelia saya iaitu Prof Dr Duraisamy Sambasivam Sankar, seluruh ahli keluarga saya serta sahabat saya di atas doa dan sokongan yang padu.

    Awang Suhrawardiy bersama ibunya.
    Awang Muhammad Asyraf bersama kedua ibu bapanya.
    Awang Muhammad Asyraf bersama kedua ibu bapanya.

    “Insha-Allah saya akan menyumbangkan khidmat bakti saya untuk mencurahkan ilmu yang telah saya perolehi untuk mendidik generasi-generasi yang akan datang,” ujarnya. Beliau turut berkata, pendorong semangat beliau dalam pembelajaran adalah untuk mencapai cita-cita menjadi seseorang yang berjaya di dunia dan di akhirat.

    Sementara itu, bagi penerima Anugerah Kecemerlangan Universiti, Awang Suhrawardiy bin Sha’adon yang mengambil jurusan Sarjana Muda Sains dalam jurusan Komputer dan Keselamatan Maklumat, beliau berasa amat teruja dan berbesar hati mendapat anugerah yang berprestij itu dan tidak lupa juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada UTB atas anugerah yang diberikan ke atasnya.

    “Tiada rahsia yang besar melainkan sentiasa membantu dan menjaga ibu bapa seikhlas hati.

    “Di samping itu, sentiasalah juga berdoa, berusaha dan berikhtiar dan menerapkan mindset positif,” tambahnya.

    Menurut beliau, cabaran yang paling sukar adalah pembelajaran secara dalam talian.

    “Saya lebih cenderung pada kelas fizikal kerana interaksi bersama membuatkan saya lebih fokus. Namun apakan daya, kita perlu beradaptasi dengan norma baharu,” kongsi Awang Suhrawardiy sambil menambah, beliau mengambil masa untuk menyesuaikan diri, namun belia berjaya mengatasinya.

    Beliau turut memberikan nasihat dan kata-kata semangat kepada yang masih menuntut atau ingin meneruskan pembelajaran di peringkat seterusnya agar tidak pernah menyerah dan jangan mengalah malah perlu menerapkan pemikiran positif.

    “Kegagalan hari ini tidak semestinya menggagalkan kita pada hari ke depannya dan belajarlah daripada kesilapan serta memperbaharui diri sendiri,” nasihat beliau.

    Seorang lagi graduan yang diraikan pada hari tersebut ialah graduan Sarjana Muda Kejuruteraan dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal, Awang Muhammad Asyraf bin Hasim yang menerima Anugerah Graduan Terbaik bagi Kejuruteraan Mekanikal.

    “Alhamdulillah, sangat bersyukur ke hadrat Allah SWT yang telah mengurniakan kejayaan ini kepada saya. Saya juga berasa sangat gembira dan berbangga atas kejayaan ini kerana ini menunjukkan bahawa segala usaha dan titik peluh yang telah di membuahkan hasil yang diimpikan,” ujarnya.

    Menurutnya, ikhtiar, usaha, tawakal, dan doa yang tidak putus-putus ke atas Allah SWT adalah kunci kejayaan. Selain daripada itu, niat juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan semangat dan seterusnya menentukan kejayaan seseorang itu. 

    “Tidak lupa juga dengan reda kedua ibu bapa dan berkat daripada semua pensyarah dan para tenaga pengajar yang pernah mengajar kita,” ujarnya.

    Beliau turut mengakui bahawa cabaran terbesar sepanjang pembelajaran di UTB adalah pembelajaran dalam talian yang menurutnya menguji ketahanan mental para pelajar untuk terus fokus walaupun dengan suasana yang tidak ideal bagi pembelajaran di rumah.

    Walaupun sudah menamatkan pembelajaran di UTB, beliau harap akan tetap mempunyai semangat untuk terus menuntut ilmu di mana jua berada untuk menaiktarafkan nilai dirinya dalam bidang kejuruteraan dan seterusnya memperolehi charteredship dalam kejuruteraan yang memerlukan pembelajaran lanjutan dan pengalaman. 

    Beliau juga memberikan nasihat dan kata-kata semangat bagi yang masih menuntut atau yang ingin meneruskan pembelajaran di peringkat seterusnya agar untuk terus bekerja keras dan memberikan sepenuhnya dalam apa jua bidang yang diceburi, selagi masih ada masa, tenaga, dan peluang.

    “Selain itu, penting untuk membetulkan niat agar segala urusan dipermudahkan,” tambahnya. 

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...