Thursday, October 6, 2022
24.9 C
Brunei

Graham Potter pengurus baharu Chelsea

-

LONDON, 9 SEPT – Graham Potter dilantik sebagai pengurus baharu Chelsea kelmarin selepas meninggalkan Brighton untuk menggantikan Thomas Tuchel yang dipecat di Stamford Bridge.

Potter telah bersetuju dengan kontrak lima tahun untuk mengendalikan kelab Liga Perdana itu, yang memuji ‘bola sepak progresif dan bimbingan inovatifnya’.

Bekas pengurus Brighton itu mendapat pujian yang meluas atas usahanya di Brighton.

Dia membawa Brighton ke tempat kesembilan musim lalu dan membawa mereka ke tangga keempat dalam jadual musim ini, sambil mendesak persembahan menghiburkan dan taktikal yang bijak daripada pemainnya.

“Saya amat berbangga dan teruja untuk mewakili Chelsea FC, ia adalah kelab bola sepak yang hebat,” kata pengurus Inggeris itu.

Reaksi Graham Potter meraihkan kemenangan semasa mengendalikan pasukan lamanya Brighton and Hove Albion selepas perlawanan di Liga Perdana Inggeris di Stadium AMEX di Brighton, England, Sabtu 27 Ogos 2022. – AP

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Brighton and Hove Albion kerana membenarkan saya mengambil peluang ini.”

Pengerusi Chelsea, Todd Boehly, yang memecat Tuchel hanya tujuh perlawanan ke musim baharu, percaya Potter akan sesuai dengan visinya untuk masa depan di Stamford Bridge.

“Kami sangat teruja untuk membawa Graham ke Chelsea. Dia seorang jurulatih yang terbukti dan seorang inovator dalam Liga Perdana yang sesuai dengan visi untuk kelab,” kata Boehly.

“Bukan sahaja dia sangat berbakat di atas padang, dia mempunyai kemahiran dan kebolehan yang melampaui padang yang akan menjadikan Chelsea sebuah kelab yang lebih berjaya.

“Dia mempunyai impak besar di kelabnya sebelum ini dan kami menantikan impak positifnya di Chelsea.”

Sebuah konsortium yang diketuai Boehly menyelesaikan pengambilalihan kelab itu awal tahun ini, menamatkan pemerintahan Roman Abramovich. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hasrat rai majlis kahwin tak kesampaian

NEW DELHI, 5 OKT - Hasrat 25 individu yang ingin meraikan majlis perkahwinan tidak kesampaian apabila mereka maut selepas bas yang dinaiki terbabas sebelum...
- Advertisment -