Grand Canyon meraikan 100 tahun sebagai taman negara AS

FLAGSTAFF – Orang yang pertama sampai ke Sungai Colorado, Grand Canyon sangat kagum dengan apa yang ada di hadapannya, persekitaran yang menakjubkan dan sistem geologi yang sangat aktif.

Namun pemandangan indah itu masih belum cukup untuk meyakinkan Lt.Joseph Christmas Ives bahawa orang lain juga akan melawat kawasan ini selepas kumpulannya memasuki kawasan itu dengan menggunakan bot api dalam satu ekspedisi pada tahun 1858.

“Kami telah menjadi yang pertama dan berkemungkinan yang terakhir melawat kawasan yang tidak berguna ini,” tulisnya dalam satu jurnal. “Ia memaparkan keadaan semula jadi Sungai Colorado yang dikelilingi dengan gaung yang megah dan tinggi serta tidak akan diganggu untuk selama-lamanya,” tambahnya.

Namun itu hanyalah warta kosong di mana Grand Canyon pada tahun ini akan meraikan ulang tahun ke-100 tahun sebagai taman negara. Walaupun terdapat beberapa penutupan dari pihak persekutuan terhadap beberapa buah taman negara AS yang lain, Grand Canyon masih dibukakan untuk kunjungan orang ramai di Arizona malah pihak persekutuan Arizona sedia membekalkan wang bagi memastikan taman ini sentiasa dibukakan untuk kunjungan orang ramai.

Destinasi pilihan orang ramai

Taman ini telah berjaya menarik lebih daripada enam juta pelancong dalam masa setahun di mana orang ramai boleh menelusuri kawasan Rim Selatan yang lebih terkenal sejauh 1.6 kilometer, menelusuri jeram sungai, mendaki laluan tinggi dan berkhemah di bawah bintang yang bergemerlapan pada waktu malam.

Taman ini telah berjaya menarik lebih daripada enam juta pelancong dalam masa setahun di mana orang ramai boleh menelusuri kawasan Rim Selatan yang lebih terkenal sejauh 1.6 kilometer. – AP
Grand Canyon pada tahun ini akan meraikan ulang tahun ke-100 tahun sebagai taman negara. Walaupun terdapat beberapa penutupan dari pihak persekutuan terhadap beberapa buah taman negara AS yang lain. – AP

Pengunjung boleh memasuki kawasan ini sama ada dengan menggunakan bot, berjalan kaki dan berkuda dengan bantuan daripada penduduk asli Amerika yang tinggal di kawasan itu. Sebelum ini, penduduk kaya Amerika akan menggunakan kereta kuda dan melakukan perjalanan selama dua hari dari Flagstaff ke kawasan Rim Selatan sekitar tahun 1880an.

Pengangkutan kereta api telah dilancarkan buat pertama kali yang bermula dari Williams pada tahun 1901, tetapi kereta api itu lebih cenderung untuk membawa pekerja pelombong daripada pelancong. Kereta merupakan satu cara yang mudah untuk mengunjungi kawasan ini khususnya pada tahun 1930an.

Pada mula ia dibukakan, orang ramai perlu membayar $1 untuk mendaki kawasan Bright Angel di mana telah digunakan oleh masyarakat asli Havasupai sebagai tempat tinggal mereka khususnya di kawasan pedalaman Grand Canyon. Pada hari ini, kawasan ini telah dipenuhi dengan hotel dan pusat-pusat perkhemahan.

Peninjau komuniti asli, Navajo Cameron, Ralph Cameron merupakan salah seorang penentang utama penamaan Grand Canyon sebagai taman ne-gara kerana dia melihat beberapa banyak duit telah berjaya diperolehi disebabkan oleh pelancongan.

Presiden Woodrow Wilson telah menandatangani undang-undang untuk mewujudkan taman itu pada tahun 1919 akan tetapi Roosevelt didahulukan kerana melakukan proses pemuliharaan menjadikan kawasan itu sebagai rizab dan monumen kebangsaan. “Biarkan ia seperti itu, anda tidak akan dapat memperbaikinya, arus zaman telah melakukannya dan manusia hanya akan merosakkannya,” tambahnya.

Pelbagai acara telah diadakan di kawasan ini seperti simposium sejarah, minggu sejarah dan mempamerkan lagi akan kehebatan Grand Canyon dalam media-media sosial.

Vanessa Ceja Cervantes, salah seorang penyelaras perayaan itu berkata bahawa para renjer akan dijemput untuk membincangkan mengenai kehebatan taman itu diikuti dengan beberapa aktiviti-aktiviti yang lain.

“Banyak pengunjung datang pada hari ini dan mereka sangat tertarik dengan landskap yang menakjubkan ini,” jelasnya. “Tetapi kami ingin tahu, apakah alasan mereka untuk terus tinggal, adakah untuk mempelajari tentang geologi, sumber semula jadi, budaya atau sejarah kerana ada sesuatu yang ada di sini untuk semua orang,” tambahnya.

Sejarah dan tragedi

Para pengunjung juga akan dapat mengetahui angkasawan Apollo 11 pernah melakukan latihan mereka di Grand Canyon malah beberapa lagi sejarah mengenai kawasan itu. Sebelum Grand Canyon menjadi taman negara, taman ini pernah menjadi kediaman atau tempat tinggal bagi suku kaum asli Amerika.

Seperti kebanyakan cerita yang disebarkan, penjelajah Sepanyol telah sampai ke kawasan ini pada tahun 1540an yang dipimpin oleh Hopi. Mereka telah turun ke kawasan Canyon tetapi berpatah balik disebabkan keadaannya yang begitu dalam dan luas. Laporan pengembaraan mereka telah menghalang orang lain daripada terus merantau ke kawasan itu selama berabad-abad.

Gertrude Smith, yang bekerja di pejabat kebudayaan untuk Yavapai-Apache Nation di Camp Verde berkata bahawa masyarakat di sini terus menghormati Grand Canyon sebagai tempat mereka mencari sumber makanan seperti sayur-sayuran dan kacang malah kawasan ini turut dijadikan sebagai tempat memburu sebelum larangan memburu di kawasan ini dikuatkuasakan. “Orang ramai sudah lupa akan masyarakat asli yang mendiami kawasan ini dan menggunakan sumber alam sekitar untuk terus hidup,” tambahnya.

Setelah berakhir Perang Dunia II, perkhidmatan taman negara itu mula mening-katkan infrastruktur taman tersebut. Kawasan-kawasan tinggi seperti gaung merupakan lokasi yang banyak dikunjungi oleh pelawat sehingga mencecah satu juta lawatan sejak tahun 1956 lagi dan semakin berkembang. – AP