Grand Prix Kanada ditunda

MONTREAL, 8 APRIL – Grand Prix Kanada, yang dijadualkan di Montreal pada 12 hingga 14 Jun, telah ditunda, satu lagi kejohanan Formula Satu terbaharu yang ditunda akibat COVID-19.

Penganjur kejohanan berkata dalam kenyataan kelmarin bahawa mereka ‘akan berbesar hati untuk menganjurkan perlumbaan pertama pada kalender Formula Satu 2020’ tetapi dengan nasihat dari pakar mengenai COVID-19, mereka telah membuat keputusan untuk menunda perlumbaan.

“Penundaan ini bukanlah satu keputusan yang mudah untuk dibuat,” penganjur berkata.

“Beberapa bulan lalu, kami selalu berkomunikasi dengan Formula Satu dan wakil-wakil dari bandar Montreal,

“Kami telah mendengar mengenai isu daripada pegawai kesihatan awam dan dengan keputusan dicapai akibat COVID-19 dan mengikut nasihat pakar dengan garis panduan yang disediakan oleh pihak berkuasa.”

Francois Dumonyier, ketua eksekutif GP Kanada, menambah: “ Pada masa ini, ia adalah penting untuk semua tenaga kita digabungkan untuk mengatasi COVID-19.”

“Kami mengalu-alukan anda dengan tangan yang terbuka ke litar Gilles Vileneuve sebaik sahaja keadaan kembali selamat.”

Tiada tarikh baharu telah ditetapkan, tetapi berita yang mengikuti pengumuman oleh badan pengurusan sukan motor FIA bahawa pasukan Formula Satu telah diberitahu mereka mesti mematuhi musim penutupan sepanjang Mac dan April dan kemungkinan dilanjutkan ke bulan Mei.

Ketua eksekutif Formula Satu, Chase Carey berkata para pegawai telah bekerja dengan promoter untuk mengkaji semula kalender 2020, dengan para pegawai berharap ia akan melancarkan musim yang mana setakat ini telah menyaksikan lapan perlumbaan telah dibatalkan atau ditunda. – AFP

Grand Prix Kanada yang dijadualkan di Montreal pada 12 hingga 14 Jun telah ditunda dan belum ada tarikh baharu ditetapkan. – AFP