Grand Prix Singapura tidak boleh diadakan tanpa peminat

SINGAPURA, 18 MEI – Penganjur F1 Singapura hari ini berkata mereka ‘tidak boleh’ melangsungkan perlumbaan tanpa kehadiran peminat, membangkitkan masalah lebih lanjut untuk musim yang dilanda koronavirus.

Selepas 10 perlumbaan yang dibatalkan atau ditunda, ketua-ketua Formula Satu menyasarkan untuk memulakan musim ini dengan dua perlumbaan di Austria pada bulan Julai, kedua-duanya tanpa kehadiran peminat. Perlumbaan-perlumbaan di negara-negara lain turut dijangkakan akan meneruskan perlumbaan dalam litar perlumbaan tertutup.

Tetapi bagi Grand Prix Singapura, yang dijadualkan pada bulan September, ia adalah perlumbaan waktu malam di sekitar dermaga negara tersebut, di mana ia akan menjadi satu cabaran untuk menghindar penonton.

Penganjur berkata mereka telah membuat perbincangan dengan Formula Satu, kerajaan Singapura dan mereka yang terlibat ‘untuk menilai kemungkinan yang berbeza’ bagi mengadakan perlumbaan.

Tetapi jurucakap menambah bahawa ‘kerana perlumbaan F1 Singapura adalah litar jalanan, maka tidak layak melakukan perlumbaan tanpa kehadiran peminat’. – AFP

Gambar fail perlumbaan di Grand Prix Singapura tahun 2019. Penganjur F1 Singapura berkata mereka ‘tidak boleh‘ melangsungkan perlumbaan tanpa kehadiran peminat kerana litar tersebut adalah litar jalanan. – Agensi