Saturday, December 2, 2023
27.2 C
Brunei

    -

    Grealish bantu City belasah Leipzig

    MANCHESTER, 16 SEPT – Jack Grealish meledak gol pertama Liga Juara-Juara (UCL) hasil gerakan menarik ketika Manchester City menumpaskan RB Leipzig 6-3 dalam aksi pembukaan Kumpulan A.

    Grealish mengakui bahawa keinginan untuk beraksi di pentas UCL meyakinkannya untuk meninggalkan kelab sejak zaman kanak-kanak, Aston Villa bagi menyertai City.

    Pemain sayap England itu menggunakan keseronokan beraksi kali pertama di kejohanan itu dengan mempamerkan aksi menakjubkan apabila melakukan gerakan solo sebelum meledakkan rembatan untuk mencetak nama sebagai penjaring gol pada separuh masa kedua di Stadium Etihad.

    Grealish juga membantu City untuk memperoleh gol sulung apabila sepakan sudut yang diambilnya berjaya ditanduk masuk Nathan Ake.

    “Saya sangat menyukainya (aksi di UCL). Beberapa minggu sebelum ini, saya tidak sabar untuk menantikan perlawanan UCL.

    Aksi Jack Grealish semasa meraikan jaringan gol keempat pasukannya di depan penyokong semasa perlawanan Liga Juara-Juara UEFA Kumpulan A di antara Manchester City dan RB Leipzig di Stadium Etihad, Manchester pada 15 September. – AFP

    “Saya sekarang sudah beraksi di UCL dan ia sangat menakjubkan, dari segi muzik dan segalanya.

    “Ketika saya berada di posisi berkenaan, berlari ke dalam kawasan penalti, saya bergerak sendirian berdepan sesiapa sahaja dan ia memberi pulangan yang berbaloi. Ia malam yang sangat hebat,” kata Grealish.

    Gol sendiri oleh Nordi Mukiele menggandakan jaringan pendahuluan City sebelum Nkunku merapatkan jurang dalam aksi yang pasti tidak dapat dilupakan pemain sayap kelahiran Perancis itu.

    Sepakan penalti Riyad Mahrez menjadikan kedudukan 3-1 dan Nkunku sekali lagi menggegarkan jaring City sebelum Grealish melakukan gerakan ajaib.

    Gol ketiga Nkunku diikuti dengan rembatan deras Joao Cancelo dan layangan kad merah kepada pemain pertahanan Leipzig, Angelino yang juga bekas pemain City.

    Gabriel Jesus meledak gol terakhir City sekali gus meraikan perlawanan kendalian ke-300 Pep Guardiola dengan penuh bergaya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan. Rompakan...