Thursday, February 20, 2025
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Greece bergelut untuk menggalakkan kitar semula

    ATHENS – Persatuan Benua Eropah selama dua dekad telah gagal menerima sistem kitar semula dari Greece bagi sasaran negara itu yang mana akan meningkatkan sebanyak 50 peratus proses kitar semula menjelang tahun 2020 di bawah arahan Persatuan Benua Eropah (EU). Apa yang pasti, isu kesedaran terhadap kitar semula kurang digalakkan oleh pihak berkuasa di negara tersebut menjadikan sasaran sangat lemah.

    Menurut agensi alam sekitar benua Eropah, dianggarkan hanya sekitar 16 peratus daripada sampah rumah telah di kitar semula di seluruh negara berbanding sasaran awal iaitu sebanyak 50 peratus menjelang tahun 2020 di bawah arahan Persatuan Benua Eropah (EU). Namun sebaliknya, purata proses kitar semula di benua Eropah adalah sebanyak 28 peratus di mana Slovenia mempunyai purata yang tertinggi iaitu sebanyak 49 peratus manakala Latvia di antara negara yang paling rendah iaitu sebanyak tiga peratus.

    Apa yang pasti di Athens, diangarkan hanya empat juta daripada 11 juta penduduk Greece mengamalkan proses kitar semula malah perangkaan dewan bandaraya menunjukkan sekitar 13 peratus sisa di negara itu layak untuk di kitar semula.

    “Kami tidak mempunyai strategi yang jelas malah kami tidak mempunyai sokongan yang padu dalam kalangan politik di negara ini untuk menjadikan proses kitar semula ini berjalan dengan lancar,” kata Dimitris Ibrahim, jurucakap cawangan Greece, Greenpeace kepada wartawan AFP.

    Apa yang pasti, banyak tempat di negara itu terutama di kawasan luar bandar, sampah masih berselerak terutama di tempat pembuangan sampah sementara. Beberapa orang penduduk yang tinggal di lereng bukit di pulau Andros telah menerima beberapa tekanan terutama pada tahun 2011 disebabkan oleh kebanyakan sampah sarap di tanam di bawah tanah di kawasan pantai pulau tersebut. Situasi itu menyebabkan isu di kalangan para penduduk.

    Greece - 4_150417

    Pada tahun 2014, negara itu masih mempunyai sekitar 70 lokasi tempat pembuangan sampah namun sebahagian daripada lokasi pembuangan sampah ini masih tidak berjalan dengan sempurna dan aktif oleh pihak berkuasa perbandaran di negara tersebut. Namun pada bulan Jun dalam tahun yang sama, hampir satu dekad selepas satu pensabitan kesalahan dahulu, Greece telah diarahkan oleh EU untuk membayar denda sebanyak hampir 1.5 juta euro setiap enam bulan terhadap operasi berterusan tapak pelupusan haram.

    Walaupun Greece masih bergelut dengan proses kitar semula namun negara ini terutama industri pelancongan masih mempunyai ekosistem dan persekitaran yang belum tercemar. Mahkamah keadilan Eropah telah berkali-kali mengutuk Greece untuk menyelesaikan masalah denda mereka yang dianggarkan berjuta-juta dolar.

    “Mentaliti harus diubah dengan segera dan tindakan negara ini terhadap proses kitar semula adalah sangat lama kerana mereka harus meyakinkan rakyat tentang keperluan dan kesan positif terhadap proses kitar semula,” kata Antigone Dalamaga, ketua persatuan Ekologikal Recycling Society kepada wartawan AFP.

    Persatuan Benua Eropah selama dua dekad telah gagal menerima sistem kitar semula dari Greece terhadap sasaran negara itu yang mana akan meningkatkan sebanyak 50 peratus proses kitar semula menjelang tahun 2020.
    Persatuan Benua Eropah selama dua dekad telah gagal menerima sistem kitar semula dari Greece terhadap sasaran negara itu yang mana akan meningkatkan sebanyak 50 peratus proses kitar semula menjelang tahun 2020.
    Apa yang pasti di Athens, hanya dianggarkan empat juta penduduk daripada 11 juta penduduk keseluruhan Greece menggamalkan proses kitar semula.
    Apa yang pasti di Athens, hanya dianggarkan empat juta penduduk daripada 11 juta penduduk keseluruhan Greece menggamalkan proses kitar semula.

    Ini semua kerja sukarela

    Namun sehingga ke hari ini, penduduk-penduduk Greece hanya digalakkan untuk menyelesaikan sampah dari rumah mereka secara sukarela dan tiada denda dikenakan kepada setiap penghuni rumah jika mereka secara aktif berkesan menyempurnakan sampah mereka. Mary Krimnanioti telah mengendalikan satu program yang dibiayai oleh EU, ‘Zero Waste’ di Greece berkata bahawa logik di sebalik kutipan sisa yang telah dibuang sebenarnya mengikut saiz dan ukuran iaitu kawasan permukaan meter persegi setiap kediaman. “Sukatan sampah yang disarankan kepada para penduduk di negara ini masih lagi mengalami kekurangan dan kecacatan,” tambah Mary lagi kepada wartawan AFP.

    Oleh yang demikian, jika dalam sebuah rumah mempunyai 10 individu, maka setiap hari mereka akan melemparkan sebanyak 10 beg sampah malah individu-individu ini akan membayar purata harga pengutipan sampah yang sama dengan mereka yang tinggal di rumah yang sama. Menurut Krimnanioti lagi, “Jika para penduduk Greece terpaksa membayar untuk beg sampah mereka sebagaimana yang telah berlaku di utara Eropah, para penduduk akan lebih bermotivasi untuk tidak membuang sampah dengan begitu kerap disebabkan oleh pembayaran tersebut.”

    Namun sebaliknya, kebanyakan penduduk Greece hanya meletakkan sampah mereka di beg-beg sampah pasaraya malah beg-beg sampah ini boleh diperolehi secara percuma untuk kemudahan dan kesenangan para penduduk. Sejak krisis ekonomi yang melanda Greece sejak tahun 2010, para penduduk mula berinisiatif untuk mengurangkan penggunaan plastik dan juga mengurangkan pembuangan sampah. Di Athens, penjanaan sisa sampah telah jatuh sebanyak 35 peratus antara 2011 dan 2016 menurut angka perbandaran di negara itu.

    Malah satu lagi fenomena baru telah berlaku di negara itu di mana, ramai pendatang telah memburu peluang ekonomi baru mencari sumber pekerjaan di jalan-jalan Athens dan bandar-bandar utama yang lain untuk logam, kertas dan plastik dengan harapan untuk menjual kepada pihak pengurusan sisa alam sekitar di negara itu. Namun tidak dinafikan masih terdapat beberapa buah industri masih melakukan pembakaran plastik dan kabel yang mana sedikit sebanyak mencemarkan lagi udara negara itu malah proses alam sekitar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda