Greece buka semula perkhidmatan feri, kafe

ATHENS, 25 MEI – Greece menyambung semula perkhidmatan feri ke pulau-pulaunya hari ini dan kafe dan restoran juga dibuka untuk perniagaan ketika negara itu meningkatkan usaha untuk menyelamatkan musim pelancongan mereka.

Perjalanan ke pulau-pulau telah disekat sejak perintah berkurung dilaksanakan pada penghujung bulan Mac untuk menghentikan penularan koronavirus, dengan hanya pembakal barang-barang dan penduduk setempat dibenarkan masuk.

Tetapi negara yang mempunyai kadar jangkitan pandemik COVID-19 yang rendah telah mendorong kerajaan untuk memulakan musim percutian tiga minggu lebih awal dari tarikh yang dijangkakan pada 15 Jun, ketika negara-negara Mediteranean – termasuk Itali, Sepanyol dan Turki – bergelut dengan penularan wabak teruk.

Greece mencatatkan hampir 2,900 jangkitan dan 171 kematian akibat virus. Itali telah mencatatkan hampir 33,000 pesakit yang meninggal dunia akibat virus, Sepanyol merekodkan hampir 29,000 kematian dan Turki mencatatkan 4,340 kematian, menurut perkiraan yang dibuat oleh Universiti Johns Hopkins. – AFP

Para penduduk menggunakan perkhidmatan feri yang telah disambung semula oleh kerajaan dalam meningkatkan usaha untuk menyelamatkan musim pelancongan mereka. – AP