Greece buka semula pulau pelancongan

CORFU, GREECE, 1 JULAI – Greece bersedia untuk menerima kedatangan pelancong menggunakan pesawat ke destinasi kepulauannya hari ini untuk pertama kalinya dalam beberapa bulan, ketika berusaha untuk menyelamatkan sektor pelancongannya yang terjejas akibat penularan pandemik.

Lebih daripada 100 penerbangan dijangkakan tiba dari negara-negara EU lainnya dan kumpulan negara bukan EU di 14 lapangan terbang serantau termasuk Corfu, Santorini, Mykonos, Rhodes dan Crete, kata pengendali lapangan terbang Fraport. Penerbangan dari Britain, salah satu pasaran perjalanan yang paling menguntungkan, tidak akan beroperasi semula sehingga seawal 15 Julai, sesuai dengan cadangan EU. Amerika Syarikat, Rusia, Turki dan Sweden turut menjejaki langkah tersebut.

Greece menghentikan kebanyakan penerbangan tiga bulan lalu sebagai sebahagian daripada larangan yang bertujuan mengekang penyebaran koronavirus, tetapi langkah-langkah tersebut telah menyaksikan pendapatan sektor tersebut merosot. Semua lapangan terbang Greece kini menerima penerbangan antarabangsa dan pelabuhan Patras dan Igoumentsa akan kembali menerima feri dari Itali. – AFP

Pelancong dari Budapest memakai penutup mulut dan hidung ketika tiba di Lapangan Terbang Corfu Ioannis Kapodistrias di Pulau Corfu kelmarin, pada hari pembukaannya setelah beberapa bulan ditutup kerana langkah-langkah kebersihan yang diambil untuk mengekang penyebaran pandemik. – AFP