ATHENS, 12 OKT – Dua gempa bumi dengan magnitud 5 melanda pulau Crete di Greece awal hari ini tetapi tidak adanya laporan kerosakan atau kematian.
Institut Geodinamik Athens berkata gempa bumi pertama, dengan magnitud 5.1, melanda pada pukul 4:11 pagi waktu tempatan kira-kira 47 kilometer dari timur laut bandar Sitia.
Gempa kedua, dengan magnitud 5.2, melanda di lokasi yang sama tiga jam kemudian, pada 7:11 pagi. Greece mudah terdedah kepada gempa bumi, dengan banyak insiden dilaporkan di luar pesisir. – AFP