Greece, Itali meterai perjanjian zon maritim

ATHENS, 9 JUN – Greece dan Itali hari ini menandatangani satu perjanjian sempadan maritim dengan tumpuan diberikan pada hak penangkapan ikan bersama, mengemas kini perjanjian empat dekad sebelum itu.

“Hari ini adalah hari bersejarah,” kata Menteri Luar Greece Nikos Dendias selepas menandatangani perjanjian bersama rakan sejawatan Itali Luigi Di Maio mengenai pembatasan zon maritim.

Dendias berkata perjanjian itu mengesahkan satu perjanjian pentas benua 1977 dengan Rom ‘dan hak pulau itu untuk memiliki zon maritim.’

Perkara ini amat penting bagi Athens dalam perbalahan diplomatik berterusan dengan pesaing lama Turki. Perjanjian hari ini juga menetapkan hak penangkapan ikan, kata Dendias.

“Negara kami berusaha membataskan zon maritim dengan semua negara jiran kami di bawah undang-undang antarabangsa,” kata Dendias.

Athens telah mempertingkat usaha diplomatik sebagai respons terhadap apa yang dianggapnya percubaan agresif pada dasar perluasan Turki di Mediterranean.

Greece pada awal tahun ini menandatangani satu perjanjian dengan Cyprus dan Israel mengenai EastMed, satu projek saluran paip besar untuk menghantar gas ke Eropah. – AFP

Menteri Luar Greece Nikos Dendias (kanan) dan rakan sejawatan Luigi Di Maio memeterai perjanjian zon maritim di Kementerian Luar di Athens kelmarin. – AFP