Greece kuarantin bandar Muslim

ATHENS, 26 MAC – Pihak berkuasa Greece telah mengkuarantinkan beberapa bandar Muslim di bahagian timur laut negara tersebut selepas beberapa kes jangkitan dan kematian disebabkan oleh koronavirus di kawasan tersebut.

Kawasan di wilayah Xanthi telah diarahkan menjalani perintah berkurung hari ini setelah sembilan orang dari keseluruhan rantau tersebut telah diuji positif dijangkiti virus sejak enam hari lalu, beritahu timbalan menteri keselamatan awam, Nikos Hardalias.

“Kesemua penduduk telah dikurung sementara di rumah. Tiada pengecualian di enarkan,” kata Hardalias.

Pusat penularan nampaknya bermula di sebuah bandar kecil Pomak di Ehinos, sebuah komuniti yang mempunyai kira-kira 2,500 orang.

“Penduduk Ehinos akan diberikan bekalan makanan dan perubatan,” Hardalias berkata.

Seorang lelaki Ehinos berusia 72 tahun telah meninggal dunia disebabkan oleh virus itu, bertitahu datuk bandar setempat Ridvan Deli Huseyin kepada televisyen Antenna.

“Adalah lebih baik untuk mengambil beberapa langkah sekarang daripada merana kemudian,” kata Huseyin, datuk bandar pentadbiran pusat setempat Miki.

Pomak adalah kumpulan Muslim yang berasal dari Slovakia yang kebanyakan tinggal di negara jiran Bulgaria.

Mereka membentuk sebahagian daripada kira-kira 110,000 penduduk minoriti Muslim di timur laut negara bersempadan dengan Turki.

Ramai di antara mereka bekerja sebagai pekerja industri migran di negara-negara Eropah lain.

Menurut siaran televisyen Greece, ERT, ratusan pekerja Pomak telah pulang baru-baru ini dari limbungan kapal dan kerja pembinaan di Itali, Perancis, Belanda, Belgium dan Jerman. – AFP