Greece lanjutkan perintah berkurung hingga 4 Mei

ATHENS, 23 APRIL – Greece melanjutkan langkah-langkah penutupan dan perintah berkurung akibat COVID-19 seminggu hingga 4 Mei, kata kerajaan hari ini.

Negara itu telah berjaya mengekalkan angka kematian pada tahap rendah setelah mencatat kematian virus pertamanya pada 12 Mac, walaupun sistem kesihatan awamnya dikenakan pengurangan belanjawan selama satu dekad semasa krisis hutang pada pasca 2010.

Pasar raya, bank dan restoran penghantaran makanan adalah antara beberapa perniagaan yang masih beroperasi, dan mereka mesti memberitahu pihak berkuasa ketika meninggalkan rumah mereka untuk keperluan, atau mengambil risiko didenda.

“Langkah-langkah pembatasan yang dikenakan hingga 27 April dilanjutkan seminggu hingga 4 Mei,” kata jurucakap pemerintah Stelios Petsas kepada wartawan.

Perdana Menteri Kyriakos Mitsotakis minggu depan akan mengumumkan langkah-langkah untuk menghapuskan beberapa langkah penutupan seluruh negara yang dikenakan pada 22 Mac, tambah Petsas. Kelonggaran sekatan itu akan dimulakan dengan pembukaan semula mahkamah dan daftar tanah sebahagian pada 27 April. – AFP