Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Greece ’longgarkan’ dasar pelarian untuk Ukraine

    ATHENS, 10 APRIL – Selama lebih dua tahun, kerajaan konservatif Greece berbangga dengan dasar penguatkuasaan ‘tegas tetapi adil’ terhadap ribuan pelarian yang cuba merentas sempada tenggara Kesatuan Eropah (EU).

    Tetapi terhadap pelarian Ukraine yang lari daripada pencerobohan Rusia, sambutannya sangat berbeza. Ini lebih disedari oleh pelarian sebelum ini.

    Shahran, 16, antara 100 pelarian Afghanistan yang baru-baru ini diberitahu untuk mengosongkan tempat penginapan mereka di kem yang terletak di Serres, utara Greece, untuk memberi ruang kepada pelarian Ukraine.

    Menteri Penghijrahan Greece, Notis Mitarachi mendapat kritikan bulan lalu selepas menggelar warga Ukraine sebagai ‘pelarian sebenar’.

    Kerajaan konservatif Greece, yang berkuasa sejak 2019, meningkatkan rondaan di sempadan dengan Turki bagi membanteras pelarian.

    Ia enggan menerima pelarian dari Timur Tengah, Afrika dan Asia selatan, kebanyakan mereka bergelut disatukan di Greece selama beberapa tahun.

    Sebagai perbandingan, dalam beberapa minggu konflik bermula, Athens mengeluarkan permit penduduk sementara kepada pelarian Ukraine, yang boleh tinggal dan bekerja di ne-gara itu selama setahun.- AFP

    Pelarian Ukraine yang menginap di kem pelarian berhampiran Athens. Greece telah ‘melonggarkan’ dasar pelariannya bagi warga Ukraine yang melarikan diri daripada pencerobohan Rusia. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...