Greece pilih presiden wanita pertama

ATHENS, 22 JAN – Parlimen Greece hari ini telah memilih presiden wanita pertama dalam sejarah negara itu, seorang hakim kanan dengan kepakaran undang-undang perlembagaan dan alam sekitar.

Majoriti 261 ahli Parlimen yang mengundi berpihak kepada Ekaterini Sakellaropoulou, 63, ketua parlimen, Costas Tassoulas berkata.

“Ekaterini Sakellaropoulou telah dipilih sebagai presiden republik,” kata Tassoulas.

Presiden baharu, yang memegang jawatan ketua tertinggi mahkamah pentadbiran, Majlis Negara, Greece, akan mengangkat sumpah pada 13 Mac. Sakellaropoulou telah menamatkan pengajian pasca siswazah di Universiti Saorbonne, Paris dan merupakan anak perempuan kepada Hakim Mahkamah Agung, sekali gus menjadi wanita pertama yang mengetuai Majlis Negara.

Walaupun, presiden secara nominal menjadi ketua negara Greece dan ketua komander, jawatan ini sebahagian besarnya istiadat.

Presiden Greece mempunyai kuasa mengesahkan kerajaan dan undang-undang dan secara teknikal mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perang, tetapi hanya berhubungan dengan kerajaan. – AFP

Perdana Menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis dan ahli kerajaannya bertepuk tangan selepas undi untuk presiden baharu di Parlimen Greek di Athens. – AFP