Saturday, July 12, 2025
30.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Greece pindahkan pendatang dari kem Moria

    MORIA, GREECE, 4 MEI – Greece semalam memindahkan ratusan pendatang dari sebuah kem pulau yang penuh sesak ke daratan.

    Dua kumpulan, dengan jumlah 142 dan 250 pendatang dijangka menaiki feri di pulau Lesbos, menurut sumber polis, selepas meninggalkan kem Moria di mana keadaan dikatakan amat teruk di sana.

    Pada April, Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia menggesa pihak berkuasa Greece supaya bertindak segera untuk mengelak krisis kesihatan koronavirus yang bakal meletus di kem penghijrah.

    Tapak itu sedang bergelut mengatasi keadaan penuh sesak, sanitasi lemah, kekurangan bekalan air bersih dan penjagaan kesihatan asas.

    Satu pemindahan dari kem Moria akan menjadi pemindahan yang pertama sejak perintah berkurung dikenakan pada 23 Mac untuk membendung penularan COVID-19.

    Beberapa hari sebelum itu, kira-kira 600 pendatang telah dipindahkan ke Greece.

    Kira-kira 37,000 pendatang tinggal dalam keadaan teruk di lima pulau Greece di Laut Aegean.

    Moria menempatkan kira-kira 19,300 pendatang. – AFP

    Seorang wanita mendukung anaknya tatkala pendatang yang dipindahkan dari kem Moria di pulau Lesbos turun di pelabuhan Piraeus berhampiran Athens awal kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda