Saturday, December 7, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Greece raikan bintang NBA

    ATHENS, 3 OKT – Perdana menteri, Kyriakos Mitsotakis mengucapkan tahniah kepada juara NBA, Giannis Antetokounmpo dari Milwaukee Bucks dalam media sosial Twitter pada bulan Julai.

    “Gannis yang menakjubkan! Rakyat Greece meraikannya di mana-mana!” dalam kenyataan Twitter peminat bola keranjang selepas bunyi buzzer terakhir dibunyikan di Atlantik.

    Digelar sebagai ‘Greek Freak’ dan salah satu duta global ternama di negara itu, Antetokounmpo telah mencapai puncak kejayaan sukan selepas mengatasi kehidupan yang dilanda kemiskinan sewaktu zaman muda di Greece.

    Pendatang daripada Nigeria itu tiba di Athens pada tahun 1991 untuk mencari masa depan yang lebih baik, dia lahir dan dibesarkan dalam ibu kota Greece, menjual barang kemas bersama keluarganya demi menampung kehidupan.

    Manakala pemain NBA paling berharga itu melonjak keluar daripada ketidakpastian, beberapa kanak-kanak pendatang di Greece mengalami nasib yang sama. Kertas kerja dan undang-undang yang keras membuatkannya susah bagi kebanyakan pendatang untuk mendapatkan kerakyatan dan menjadi ahli penuh masyarakat.

    Aksi pemain bintang NBA, Giannis Antetokounmpo dari Milwaukee Bucks menjaringkan mata dalam perlawanan jalanan di Athens. – AFP

    “Dalam keadaan biasa, Giannis tidak akan menerima kewarganegaraan Greece,” kata Vassilis Papastergiou, pegawai advokasi Majlis Greece untuk Pelarian, salah satu kumpulan hak utama Greece.

    “Dia telah menerima kewarganegaraan terhormat ketika dia diambil ke dalam NBA bersama Bucks,” katanya.

    Greece mempunyai perhubungan yang ketat atas kewarganegaraan dan sikap keras terhadap pendatang asing selepas krisis penghijrahan Eropah pada tahun 2015, apabila lebih dari 800,000 pendatang – daripada Afghanistan, Iraq dan Syria – membanjiri kepulauan Greece.

    Kerajaan konservatif Mitsotakis, mula memegang kuasa pada tahun 2019, telah mengetatkan undang-undang dan memperkuatkan rondaan untuk menghalang kedatangan baharu.

    Pada tahun 2020, lebih dari 9,000 orang kanak-kanak menerima kewarganegaraan, menurun daripada 21,000 pada tahun 2018, menurut kementerian dalam negeri.

    Hanya kanak-kanak yang lahir dalam Greece kepada sekurang-kurangnya seorang ibu atau bapa yang menetap secara sah dalam negara selama lima tahun berhak menerima kewarganegaraan sewaktu lahir.

    Jika tidak, mereka perlu menghabiskan enam tahun dalam sekolah menengah, atau sembilan tahun dalam sekolah rendah dan sekolah menengah, atau memperoleh ijazah sarjana muda universiti Greece.

    Memandangkan kedua-dua ibu bapa Antetokounmpo menetap di Greece secara haram sewaktu dia masih muda, dia hanya mampu memohon selepas menghabiskan sekolah dan menunggu beberapa tahun untuk permohonannya diteliti. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda