Greece sambut baik perjanjian pelarian EU

ATHENS, 27 SEPT – Kerajaan Greece dilihat berhati-hati dengan mengalu-alukan rancangan dari Brussels untuk membuat reformasi sistem pelarian Kesatuan Eropah (EU) yang goyah, tetapi kumpulan kemanusiaan yang bekerjasama dengan pelarian telah membidas ‘dasar pembendungan yang kejam’.

‘Perjanjian Migrasi dan Suaka baharu’ telah dilancarkan Rabu lalu dan menyeru langkah yang lebih tegas mengenai pemulangan migran yang tidak mempunyai hak untuk tinggal di EU dan meningkatkan kawalan sempadan.

Langkah tersebut menjadi perhatian kerajaan konservatif perdana menteri Greece, Kyriakos Mitsotakis, yang telah menjalankan dasar migrasi yang keras sejak mengambi alih kuasa setahun yang lalu.

Satu-satunya kecacatan menurut pandangan Greece dalam perjanjian tersebut ialah menghapuskan kuota pembahagian pencari suaka di kalangan negara-negara EU – rancangan yang pertama kali dicetuskan semasa krisis migrasi pada 2015 tetapi mendapat tentangan dari beberapa buah negara anggota.

Perjanjian yang dibuat Rabu lalu ‘berada di landasan yang betul, termasuk matlamat utama kami tetapi kami kecewa dengan pembahagian, kami lebih suka model yang berbeza,’ kata setiausaha perkhidmatan suaka Greece, Manos Logothetis memberitahu berita ERT. – AFP

Pengawal pantai menyelamatkan migran dari negara yang bergolak dengan peperangan. Kerajaan Greece mengalu-alukan rancangan dari Brussels untuk membuat reformasi sistem pelarian EU yang goyah. – AP