Greece sambut kepulangan patung seni Parthenon

ATHENS – Greece sedang meningkatkan usaha untuk mengembalikan Patung Parthenon secara tetap ke Athens sebelum ulang tahun ke-200 Perang Kemerdekaan Greece pada tahun 1821, menurut Menteri Kebudayaan dan Sukan Greece, Lina Mendoni kepada Xinhua dalam temu bual baru-baru ini.

Patung-patung tersebut yang telah dipulangkan dari Muzium Britain adalah menjadi keutamaan negara, katanya.

“Patung Parthenon yang dipamerkan di Muzium Britain adalah hasil pencurian,” tegas menteri itu, yang memberitahu bahawa patung-patung Parthenon tersebut telah dicuri dari Athens dan dibawa ke Birtain untuk dipamerkan di sana.

Patung-patung Greece itu telah menyebabkan perbalahan antara Athens dan London selama berdekad-dekad.

Pada awal abad ke-19, semasa Greece masih di bawah pemerintahan Kerajaan Ottoman, separuh daripada patung-patung di kuil Parthenon, yang dibina 2,500 tahun yang lalu di bukit Acropolis, telah dipindahkan oleh Lord Elgin, diplomat Britain pada ketika itu, dan dibawa ke Muzium Britain di London.

Menteri Kebudayaan dan Sukan Greece, Lina Mendoni menegaskan bahawa proses pemulangan patung Parthenon adalah menjadi keutamaan negara Greece. – Xinhua
Patung Parthenon akan kembali semula ke Athens dari Muzium Britain sebelum ulang tahun ke-200 Perang Kemerdekaan Greece pada tahun 1821. – Xinhua
Presiden Muzium Acropolis mengatakan bahawa Ia adalah penting untuk patung-patung itu dipasang kembali dalam bentuk yang lengkap. – Xinhua

Sejak penubuhan negara Greece beberapa tahun kemudian, orang-orang Greece berulang kali meminta agar patung-patung Parthenon dipulangkan kepada mereka.

“Parthenon telah dibongkar, di pecah-pecah dan kemudian dijarah,” presiden Muzium Acropolis, Profesor Dimitrios Pandermalis memberitahu Xinhua.

Batu-batu marmar yang pernah menghiasi Parthenon dan dipamerkan di Muzium Britain merangkumi 60 peratus daripada keseluruhan bahan patung yang masih ada, jelasnya.

Keperluan untuk menyatukan semula dengan 40 peratus yang lain di Athens, adalah keperluan budaya, tegas profesor itu.

“Ia adalah penting bahawa patung-patung yang terletak di Athena dan di London dipasang kembali. Satu tafsiran baharu akan kembali dari penyatuan ini dan akan diperlakukan seperti itu. Mereka tidak hanya berbentuk kepingan, tetapi dalam bentuk yang lengkap,” menurut presiden Muzium Acropolis tersebut.

Pandermalis adalah antara anggota jawatankuasa penasihat baharu yang telah ditubuhkan di Athens baru-baru ini untuk penyatuan semula Patung Parthenon yang kaya dengan sejarah.

Kerajaan Greece turut meningkatkan usaha untuk mengembalikan patung-patung marmar dengan kerjasama jawatankuasa antarabangsa yang dikhaskan untuk tujuan tersebut.

Antara tujuan utama 17 jawatankuasa antarabangsa – dari New Zealand hingga ke Brazil dan dari Britain ke Rusia – ialah untuk menyatukan semula Patung-patung Parthenon ke tempat asalnya iaitu Athens.

Menteri Kebudayaan dan Sukan Greece, Lina Mendoni, menggariskan peranan penting yang dimainkan oleh jawatankuasa antarabangsa, dengan mengatakan, “Kami telah melaksanakan beberapa siri inisiatif bersama dengan mendukung jawatankuasa- jawatankuasa untuk terus membangkitkan isu ini kerana kami percaya bahawa ia boleh dijadikan sebagai pengungkil kepada muzium Britain.”

Menteri Kebudayaan dan Sukan Greece turut percaya bahawa waktu adalah sangat penting memandangkan United Kingdom telah mengumumkan bahawa mereka telah keluar dari Kesatuan Eropah secara rasmi pada 1 Februari 2020.

“Saya percaya bahawa dengan langkah ini (memulangkan patung-patung Parthenon kembali ke Athens) akan meningkatkan lagi hubungan antara benua Eropah dan United Kingdom,” jelas Menteri Kebudayaan dan Sukan Greece lagi.

Sementara itu, Greece akan menjadi tuan rumah pertemuan antarabangsa tahun depan dengan menyatukan semua jawatankuasa untuk pelancaran kempen baharu secara rasmi. – Xinhua