Greece sediakan kapal untuk pelarian

PULAU LESBOS, 4 MAC – Sebuah kapal tentera laut Greece telah dihantar ke Lesbos hari ini untuk menjadi tempat tinggal sementara beratus-ratus pelarian yang mendarat di pulau itu beberapa hari lepas dalam pertambahan berterusan dari Turki, berkata para pegawai.

Sumber dari kementerian pertahanan Greece memberitahu para pelarian akan tinggal di kapal tersebut sehingga kemudahan baharu dibina untuk menempatkan mereka di kawasan darat.

Kira-kira 500 orang, kebanyakkan mereka yang mempunyai keluarga dan anak kecil, telah tinggal di pelabuhan sejak sampai dari Turki pada hujung minggu lalu.

Dalam usaha mengatasi masalah pelarian tersebut, yang mencetuskan kemarahan selepas Ankara berkata minggu lalu bahawa mereka tidak akan menghalang para pelarian tersebut memasuki Eropah, Athens telah menggantung prosedur pelarian dan meningkatkan kawalan di sempadan mereka.

Dengan kedatangan itu telah mencetuskan situasi hangat di pulau-pulau Greece berhampiran Turki.

Lesbos menjadi hos kepada 19,000 orang pelarian dan para pelarian dihimpit dalam keadaan bersesak-sesak di dalam kem dan rumah yang kurang daripada 3,000, sebuah legasi dari krisis pelarian 2015.

Kemarahan tercetus beberapa hari kebelakangan, dengan pihak minoriti dituduh memulakan serangan ke atas pelarian yang baru tiba, menakut-nakutkan media dan menyasarkan pekerja perubatan, menurut beberapa kumpulan yang berpangkalan di Lesbos. – AFP

Sebuah kapal tentera Greece telah dihantar ke pulau Lesbos untuk menempatkan sementara pelarian-pelarian dari Syria yang ingin berhijrah ke Eropah.- AP