Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Green terajui kemenangan Warriors

    WASHINGTON, 5 Mei – Draymond Green menerajui rempuhan awal ketika Golden State Warriors menewaskan Utah Jazz 115-104 semalam untuk mendahului 2-0 dalam persaingan playoff pusingan kedua NBA Western Conference mereka.

    Green menghasilkan lima ‘three-pointer’ dalam laluan untuk mencatatkan 21 mata ketika pasukan Warriors masih lagi tanpa kalah dalam enam perlawanan pasca-musim ini.

    Kevin Durant menambah 25 mata, 11 ‘rebounds’ dan tujuh asis, sementara Stephen Curry mencatatkan 23 mata dan tujuh asis bagi Golden State, yang mendahului kedudukan lebih awal dan mengekang usaha Utah untuk bangkit.

    Gordon Hayward mengetepikan permulaan yang perlahan untuk menjaringkan 33 mata bagi Utah, yang beraksi tanpa pemain pertahanan George Hill kerana kecederaan.

    Rudy Gobert menambah 16 mata dan 16 ‘rebounds’ bagi Jazz sebelum dikasari pada saat-saat akhir.

    Draymond Green (berbaring) dikelilingi oleh pemain-pemain Golden State Warriors selepas mengalami kecederaan pada lutut kirinya dalam perlawanan menentang Utah Jazz. – AFP
    Draymond Green (berbaring) dikelilingi oleh pemain-pemain Golden State Warriors selepas mengalami kecederaan pada lutut kirinya dalam perlawanan menentang Utah Jazz. – AFP

    Pada ketika itu, Warriors menghasilkan pendahuluan mereka kepada 12 mata selepas menyaksikannya dikurangkan kepada tujuh mata dengan perlawanan berbaki 1:45.

    Sepanjang perlawanan Warriors membalas setiap ancaman dari Jazz, biarpun beberapa pertahanan hambar dan 17 ‘turnover’ yang membawa kepada 22 mata untuk Utah.

    “Ia bukanlah mudah,” kata jurulatih Warriors, Mike Brown, yang menggantikan ketua jurulatih Steve Kerr. “Kami merasakannya. Kami tahu kami boleh beraksi lebih baik lagi. Kami terjejas dalam beberapa kedudukan di mana kami seharusnya beraksi lebih baik.”

    Kebimbangan terbesar Warriors berlaku apabila Green rebah pada suku keempat, kemudian tergelincir ketika dia bangun dan memegang lutut kirinya.

    Dia kembali ke gelanggang, petanda bagus bagi Warriors, yang berusaha melanjutkan pendahuluan mereka dalam siri best-of-seven dalam perlawanan ketiga esok di Salt Lake City. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda