Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Greenpeace guna batu tongkol pulihara lautan

    LONDON, 2 SEPT – Greenpeace UK berkata hari ini ia telah menggugurkan 18 batu tongkol besar di dasar laut di zon pemuliharaan laut di luar pantai tenggara England untuk menghalang penangkapan ikan ‘yang memusnahkan.’

    Pekempen alam sekitar itu belayar ke kawasan barat Selat di antara UK dan Perancis, membawa bersama batu tongkol batu kapur Portland, setiap satu dengan berat di antara 500 dan 1,400 kilogram.

    Batu gergasi itu digugurkan semalam dari kapal penyelidikan Arctic Sunrise di kawasan Zon Pemuliharaan South West Deep, yang terletak kira-kira 190 kilometer di luar Land’s End, kawasan barat England.

    Greenpeace berkata batu tongkol akan menjadikannya mustahil untuk peralatan ikan diseret di sepanjang dasar laut dan memusnahkan kehidupan laut di sana.

    Artis mencipta patung amonit gergasi – menerima inspirasi daripada fosil yang sering ditemui dalam batu kapur Portland – daripada salah satu batu tongkol, yang juga diletak di dasar laut.

    “Greenpeace UK telah membangunkan sekatan batu tongkol bawah air sebagai jalan terakhir untuk melindungi lautan,” kata ketua Greenpeace UK, Will McCallum.

    McCallum berkata adalah ‘mengejutkan’ kapal-kapal tunda dibenarkan beroperasi di dasar laut di kawasan yang dilindungi.

    “Mereka memusnahkan sebahagian besar ekosistem marin dan memperolok-olokkan kawasan ‘perlindungan’ kami,” tambah beliau. – AFP

    Batu tongkol gergasi disediakan sebelum digugurkan ke dalam laut dari kapal Greenpeace Arctic Sunrise di kawasan Zon Pemuliharaan South West Deep di England pada 1 September 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...