MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 2 FEB – Pemain penyerang Manchester United, Mason Greenwood telah ditahan kerana disyaki melakukan serangan seksual dan ugutan untuk membunuh ketika polis sekali lagi diberi lebih masa untuk menyoal pemain berusia 20 tahun itu.
Pemain itu pertama kali ditangkap pada Ahad lalu selepas Polis Greater Manchester dimaklumkan mengenai ‘imej dan video media sosial dalam talian yang disiarkan oleh seorang wanita yang melaporkan insiden keganasan fizikal.’
Detektif diberi masa tambahan Isnin lalu untuk menyoal pemain tersebut, yang mereka tidak dinamakan secara rasmi sebagai suspek. Pihak berkuasa berkata dalam satu kenyataan kelmarin, “Detektif telah diberikan masa tambahan untuk bercakap dengan seorang lelaki berusia 20an yang ditahan kerana disyaki merogol dan menyerang seorang wanita.
“Suspek ditahan Ahad lalu selepas kami menyedari imej dan video media sosial dalam talian yang disiarkan oleh seorang wanita yang melaporkan insiden keganasan fizikal,” menurut kenyataan itu. – AFP