Greenwood mohon maaf

MANCHESTER, 13 SEPT – Penyerang Manchester United, Mason Greenwood membuat permohonan maaf hari ini atas perbuatan yang dianggap tidak baik selepas video yang diterbitkan melihatkan dirinya kelihatan menyedut apa yang dianggap sebagai gas ketawa.

Edisi Ahad akhbar The Sun berkata pemain remaja itu dilihat menyedut oksida nitrat dari belon dalam video yang dirakam baru-baru ini.

“Saya memang menyedari risiko kesihatan berkaitan dengan apa yang telah saya lakukan dan menerima bahawa walaupun dengan hanya mencuba, seperti yang dapat dilihat dari gambar-gambar,” kata Greenwood.

“Saya dengan tegas menyeru orang ramai untuk tidak mencontohi perbuatan saya.”

Greenwood menjaringkan 17 gol dari 49 penampilan untuk United musim lalu selepas dia mengukuhkan kedudukannya dalam pasukan utama.

Minggu lalu Greenwood dan pemain City, Phil Foden dihantar pulang dari skuad England selepas melanggar peraturan koronavirus di Iceland dengan membuat perjumpaan di luar dari gelembung pasukan. – AP