Greenwood penyelamat United

LONDON, 16 DIS – Graduan Akademi, Greenwood hadir sebagai penyelamat pada saat-saat genting bagi Manchester United, kelmarin, mencatat keputusan seri 1-1 menentang Everton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Perlawanan di Old Trafford ini merupakan perlawanan ke 4,000 berturut-turut, di mana tuan rumah telah menurunkan seorang graduan muda dalam skuad perlawanan.

Tetapi The Red Devils tidak meraikan perlawanan ini seperti yang dirancang apabila pemainnya melakukan kesilapan besar.

Gol sendiri Victor Lindelof membuatkan pengurus Everton, Duncan Ferguson melompat kegembiraan di luar garisan kawasan perlawanan untuk meraikannya sebelum pemain muda Greenwood bangkit untuk menafikan kemenangan Everton di Old Trafford buat pertama kali sejak 2013.

Manchester United kini menduduki di tangga keenam liga dengan empat mata ketinggalan di belakang empat pasukan teratas liga. Sementara itu, Everton mempunyai kelebihan tiga mata di atas zon penyingkiran. – AP

Manchester United’s Victor Lindelof, left, scores an own goal, giving Everton their first goal of the game during the English Premier League match between Manchester United and Everton at Old Trafford, Manchester, England, Sunday, Dec. 15, 2019. (Martin Rickett/PA via AP)