Griezmann hampir ke Barca

PARIS, 12 JULAI – Bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann semakin menghampiri perpindahan ke Barcelona, menurut laporan sumber rapat kenalan pemain itu di Sepanyol dan Perancis.

Akhbar Sepanyol, Mundo Deportivo berkata kelab Catalans membayar sekitar 120 juta Euro untuk kontrak pemain yang memenangi Piala Dunia bersama skuad kebangsaan Perancis, Griezmann dan pemain berusia 28 tahun menandatangi kontrak lima tahun di Camp Nou. Akhbar harian Perancis, L’Equipe melaporkan Barca sudah mengirimkan pindahan wang di bank kepada kelab berpangkalan di ibu kota itu. Griezmann gagal hadir ketika pasukannya berkumpul untuk pra-musim pada Ahad selepas dia mengumumkan Mei lalu dia akan meninggalkan Wanda Metropolitano namun tidak dapat mengesahkan destinasinya. Atletico mendakwa Barcelona dan Griezmann ‘biadap’ selepas presiden Josep Maria Bartomeu mendedahkan kedua-dua kelab itu sudah mengadakan perbincangan membabitkan bekas penyerang Real Sociedad itu. Griezmann menyertai Atletico pada 2014 dan menjaringkan 133 gol dalam 257 penampilan berjaya menjulang Piala Raja Sepanyol dan Liga Europa bersama kelab itu. – AFP