Griezmann mungkin terlepas semua perlawanan

MADRID, 13 JULAI – Antoine Griezmann nampaknya akan terlepas kesemua baki perlawanan musim ini selepas Barcelona mengatakan kelmarin bahawa penyerang Perancis itu mengalami kecederaan di pahanya.

Pemenang Piala Dunia yang diturunkan pada separuh masa kedua perlawanan kemenangan 1-0 pada Sabtu lalu menentang Valladolid, setelah itu beliau meminta untuk ditukar semula.

“Dia dikeluarkan kerana terdapat masalah,” kata pengurus Barcelona, ​​Quique Setien.

“Dialah yang meminta pertukaran itu. Ujian pagi ini menunjukkan bahawa pemain utama pasukan kami Antoine Griezmann mengalami kecederaan otot di paha kaki kanannya,” kata Barca di laman web mereka. – AFP

Aksi Antoine Griezmann ketika melakukan pemanasan badan sebelum perlawanan antara Barcelona dan Espanyol di Stadium Camp Nou di Barcelona pada 8 Julai. – AFP