Tuesday, April 29, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Griezmann, Oblak wira Atletico Madrid

    MADRID, 21 Sept – Atletico Madrid meraikan penghormatan bagi menghoskan final Liga Juara-Juara pada 2019 dengan kemenangan 2-1 di Athletico Bilbao semalam, sekali gus melonjakkan kelab ke tangga kedua dalam La Liga.

    Angel Correa membuka jaringan 10 minit pada separuh masa kedua dengan menyudahkan pergerakan menarik melibatkan Antoine Griezmann dan Saul Niguez.

    Dan Yannick Carrasco menyelamatkan tiga mata dengan penyudah jaringan melencong dari satu lagi hantaran menarik Griezmann 17 minit sebelum tamat perlawanan sebelum Raul Garcia menjaringkan gol sagu hati bagi pasukan tuan rumah.

    Atletico merapatkan jurang dengan empat mata dari pasukan pendahulu Barcelona tetapi diatasi oleh Sevilla yang menewaskan La Palmas 1-0 dan Real Betis mengatasi Real Madrid selepas membenam juara Eropah itu 1-0 lewat semalam.

    UEFA memberikan anugerah acara utama mereka musim depan kepada Wanda Metropolitano yang baru Atletico pada awal hari tersebut.

    Pemain Atletico meraikan gol pembukaan Carrasco semasa menentang Athletic Bilbao di stadium San Mames, Bilbao kelmarin. – AFP

    Dan faktor menggembirakan sekitar Atletico disusuli dengan kemenangan 1-0 mereka ke atas Malaga bagi membuka tempat baru mereka dengan kapasiti 68,000 pada hujung minggu berterusan dengan permainan menarik dalam perlawanan kelima di gelanggang luar mereka dalam enam perlawanan setakat musim ini.

    Pasukan pelawat bergantung ke atas sepakan penalti yang dapat diselamatkan dari Jan Oblak untuk separuh masa pertama.

    Penjaga gol Slovenia itu membuat lompatan rendah ke sudut kanan untuk menafikan Aritz Sduriz selepas Filipie Luis menerima hukuman kerana cabaran ke atas Garcia di luar kotak pe-nalti.

    Pada akhirnya Atletico menghasilkan sentuhan maut mereka yang tidak dihasilkan di Valencia dan Roma dalam perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara mereka minggu lalu.

    Correa melakukan penyudah ringkas untuk menjaringkan gol ke gawang kosong selepas Saul mendapatkan hantaran dari Griezmann untuk membuka jaringan.

    Correa dibiarkan dengan penyudah paling mudah untuk menggegarkan jaring kosong setelah Saul mendapatkan hantaran Griezmann untuk membuka jaringan.

    Griezmann kemudian terkena perangkap ofsaid dan rayuan penaltinya juga ditolak.

    Walaupun gagal menambah jaringan, pemain antarabangsa Perancis itu cukup menggerunkan dengan lapan hantaran maut untuk pemain gantian Carrasco untuk meledak dari sudut jauh.

    Oblak membuat satu lagi penyelamatan terbaik dengan menafikan percubaan Iker Muniain, walaupun pemain Slovenia itu akhirnya tewas ketika Garcia menjaringkan gol menentang bekas pasukannya pada minit akhir perlawanan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda